Hai semua. Hari Isnin. Monday Blues kah? No...no...no... tak mboh monday blues okeh. Kita kena mulakan hari ni kita dengan aura yang positif, barulah kita akan jadi bersemangat gituh!
Ok pagi ni kak Fifi nak share resepi mudah yang gerenti akan disukai oleh anak-anak kita. Eh sebenarnya kita pun akan suka juga. Dah lah mudah, sedap dan crunchy pulak tu. Bahan-bahan pun simple.
Roti Gulung Berinti Crunchy
Bahan-bahannya :
1) 5 keping roti
2) 5 keping sosej
3) Sebiji telur
4) Sedikit serbuk roti
**noted: Boleh juga tukar sosej pada isi ketam segera tu.
Cara-cara Membuatnya :
1) Potong keliling roti
2) Potong roti kepada dua bahagian
3) Canaikan supaya roti menjadi nipis / leper
4) Bungkus sosej yang telah dipotong dua dengan kepingan roti.
**sosej tadi hendaklah direbus terlebih dahulu, kemudian dipotong dua.
5) Golekkan sosej yang telah dibalut roti ke dalam telur.
**pecahkan te;ur dan masukkan sedikit garam (macam nak buat telur dadar tu)
6) Kemudian golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti.
7) Pastikan sekeliling roti bersalut dengan serbuk roti.
8) Sedia untuk digoreng. Goreng sehingga ia nampak kekuningan.
Ta-dah!!!
Insya Allah anak-anak pasti suka. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama mayonis dan sos.
Nyum-meh!!
No comments:
Post a Comment