Saturday, January 4, 2014

Weekend

Weekend pertama untuk tahun baru. Hari Jumaat dah bagitau MR. Daddy nak bawak Irfan pergi main bowling. Tapi tak bagitau pada Irfan dulu. Takut tak jadi pergi merempan pulak mamat tu.

So MR. Daddy tanya nak main dekat mana? Kebetulan nak cari kain buat shawl untuk wedding adik februari nanti so alang-alang terus ke IOI Mall. Lagipun MR. Daddy pun nak beli seluar kerja.

Keluar agak lambat. Lepas Zuhur baru gerak. Singgah makan dulu. Then baru ke IOI. Ngam-ngam masuk kawasan parking hujan. Terus parking bawah sebab parking berbumbung. Tapi sesaknya ya ampun. Tiga empat kali round cari parking baru jumpa.

Settle beli kain semua, masuk popular sat. Then terus gerak cari pusat bowling. Masa ni Irfan dah bising tanya nak pergi mana? Sampai jer depan pusat bowling tu terus excited. Mana taknya selalu main dalam ipad jer kali ni betul-betul depan mata.

Irfan dengan MR. Daddy jer yang main. Mami jadi camerawoman. Si kenit Nuha kemain hyper dalam tu. Tempat favourite yang nak ditujunya lorong pin. Dia mengejar bola yang abang dia baling.




Balingan pertama dengan tunjuk ajar. Masa ni dia malu-malu lagi nak main.




Lepas dah teruja tak nak dipegang dah. Dia nak buat sendiri.




Yang ini yang paling payah nak handle. Jalan tak nak pimpin-pimpin. Sebab dia ada hala tuju dia. Tak boleh leka langsung.

MR. Daddy amik satu game jer. Irfan nak lagi tapi tak lalu dah. Tak lalu nak mengejar si kenit. Janji dengan Iefan next time lah. Kebetulan dia pun dah lapar so tak delah susah sangat nak pujuk.

No comments: