Friday, January 10, 2014

Atok, Putrajaya dan Chicken Chop!

Last week hari Ahad petang, MAMA datang dengan dua orang adik bawa atok ke rumah kami. Asalnya nak datang hari Sabtu tapi hari Sabtu tu kami tak ada dekat rumah. So lajakkan ke hari Ahad. Ahad tu atok datang. Lepas Asar macam tu MR. Daddy ajak keluar jalan-jalan. Nak bawa atok pusing Putrajaya katanya. Since atok tak penah sampai Putrajaya.

Ok lepas Asar gerak. First place to visit Dataran Putrajaya. Depan Masjid merah, depan JPM tu. Masa ni atok macam terkagum-kagum. Kagum sebab ramai gila umat manusia. Memang kebetulan petang tu ramai gila orang. Saya tak pasti kalau ada apa-apa event di Putrajaya. Then saya cakap dekat atok. Orang bandar ginilah tok. Tempat-tempat mcam ni lah yang ada pun nak bawa anak main. Lain dekat kampung ada sungai tagkap ikan, ada upih pinang boleh main tarik-tarik, ada kawasan lapang nak main konda-kondi. Sian kan generasi sekarang. Semua game pun main dalam ipad jer.

 Masa nak ambik gambar ni MR. Daddy tanya atok nak ambik gambar? Laju atok jawab nak, amikkan atok gambar depan rumah Najib. Atok bajet bangunan JPM tu "istana". Hahahaha tak menahan saya gelak. Depan rumah Najib ok.

Then gambar depan masjid merah. Nak masuk tak dapat hari tu sebab dalam masjid macam ada event. Sesak gila!

Lebih kurang lepas setengah jam lepak dekat dataran, bawa atok pusing-pusing putrajaya naik kereta jer. Malas dah nak turun. Ramai sangat makhluk tuhan. Lagipun dah nak maghrib. So cakap dengan MR. Daddy terus pergi makan jer. Lepas pening lima enam minit ambik keputusan makan dekat SOHO seafood bangi. Actually kitorang pun tak pernah pergi tapi baca feedback orang dalam fb, blog, IG macam ok. So lets give it a try. And worth it. Sila google sendiri untuk sampai ke SOHO ni ek.

  Masa nak amik order suggest pada MR. Daddy amik lauk hidang. Pilihlah lauk apa nak makan. Tapi atok awal-awal lagi dah cakap dia nak makan chicken chop. So tak jadi ambik order hidang.

 Budak ni paling susah nak handle. Sampai tiga empat orang bergilir handle dia sebab kepenatan. Dia tetap cergas ke hulu ke hilir terkangkang-kangkang. Maklumlah budak baru dapat kaki. Akhirnya bagi satey secucuk letak dalam baby seat. Baru senyap.

 Happy dapat makan satey.

 Yang ni macam biasa. Drama paksa-memaksa makan.

Akhirnya habis jugalah satay lima cucuk. Makan nasi lima suap.


No comments: