Last week balik rumah IBU. Tapi balik hari Jumaat sebab ikut MR. Daddy outstation ke Bagan Datoh. Tempat tu melanggar rumah IBU, lebih kurang setengah jam perjalanan. So alang-alang mari kita tumpang. MR. Daddy terus ke Bagan Datoh saya dengan bebudak tinggal dekat kedai IBU. Dekat kedai IBU tu ada kucing. Kucing datang tapi lepas tu terus melekat dekat situ sebab IBU rajin melayan.
Nuha apalagi excited lah dia jumpa kucing. Kemain geram lagi. Ada dua tiga ekor yang tak takut ke orang. Yang takut semua dah lari lintang pukang. Hoih kemain geram dia. Sampai tak tahu nak cekau yang mana dulu. Ada sekor tu warna hitam kemain lah gemok. Nuha paling geram yang itu. Tapi yang tu tak mboh dengan orang. Itu yang buat orang lagi geram tu.
Yang sekor ni yan paling gedik. Orang tak nak dengan dia pun, dia hegeh-hegeh jugak datang gesel kaki ke orang. Yang ini Nuha picit-picit, tarik telinga dan penghujungnya dia nak pijak. Mujur MR. Daddy perasan.
No comments:
Post a Comment