Kononnya...tapi tak mampu. Ada mulut maka kena bercakap. Tak dapat cakap kita taip. Maka nan adoooo wordless wednesday.
Assalamualaikum uollls. Semalam cuti Nuha demam sebab Friday tu kena cucuk. Shian dak kenit tu kena cucuk dua-dua peha sebab di PPUM cucuk 6 dan 8 bulan disekalikan so tak payah nak datang dua tiga kali. Tapi alhamdulillah pagi ni dah recovered. Dah hantar nursery pun. Eh, sekarang kenit tu dah pandai. Pagi tadi teacher nak ambik dia kalih muka terus peluk leher mami. Bila bagi juga dekat teacher dia terus muka cebik tapi tak nak nangislah. Cepat-cepat saya lari takut dia meraung.
Then malam sebelum tu sebab Nuha dah demam maka MR. Daddy masak. Minta dia masak butter prawn. So ajarlah kekdahnya cemana. Dua tiga kali ulang make sure MR. Daddy faham sepenuhnya. Sebab butter prawn ni kalau salah step benda yang macam tali halus-halus tu tak moh jadi.
So dah terlanjur cerita tu meh kita kongsi sikit resepi.
Butter Prawn
Bahan - bahan :
Udang - besar mana, banyak mana ikut suka hangpa.
Minyak masak
Butter
Kuning telur
Daun kari - sedikit (4-5 helai)
Kekdah membuatnya :
1. Lumur udang dengan garam dan kunyit.
2. Goreng dengan minyak hingga masak dan toskan.
* toskan udang dalam penapis dan biarkan minyak udang itu mengalir keluar.
* biarkan udang berada di dalam penapis untuk langkah seterusnya.
3. Menggunakan minyak menggoreng udang cairkan butter.
* jangan kurangkan minyak.
4. Selepas butter cair masukkan daun kari.
5. Tuangkan sedikit demi sedikit kuning telur yang telah dipukul secara berterusan.
* ketika kuning telur dituang ke dalam kuali, mangkuk kuning telur mesti diangkat tinggi.
* kacau kuat kuning telur yang dituang ke dalam kuali tanpa henti.
* kacau dalam bentuk pusingan.
6. Selepas habis kuning telur dimasukkan ke dalam kuali, kacau seketika dengan pantas dalam gerakan memusing.
7. Tutup api dan dengan pantas tuang semua isi kuali ke atas udang yang sedang ditoskan.
8. Pastikan penapis cukup gagah untuk menampung semua isi kuali.
* apabila minyak dalam kuali telah ditoskan tali halus-halus tu akan kelihatan.
Selamat mencuba dan selamat berjaya (",)
No comments:
Post a Comment