Tuesday, June 18, 2013

Memori

Memori daun pisang...
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan....
Berdua jalan kaki saat turun hujan
Basuh baju kita basah hati kita
Mesranya berpayung daun pisang
Memori daun pisang takkan telupakan
Memori daun pisang menjadi kenangannnnnnnnnnnnnnnn
Ha! Main-main ko. Ah-kak hafal ok lagu memori daun pisang. Ko mampu? El-leh apa yang susahnya ye dok? Google je lah. Now everything di hujung jari. Tekan purrrrrrrrrrrrr keluar. Berderet-deret. Kemain panjang. Pilih jer mana nak.

Apa lah yang saya mengarut ni? Ok ok kembali kepada kata dasar... me.mo.ri. Semalam ntah mana dikorek dek Irfan tiba-tiba terkeluar tiket bas ekspress. Eh, terus macam terkejut. Lama gila kot dah tak naik bas ekspress. Last rasanya tahun 2006. Sebab start tahun 2006 tu dah start pakai kereta maka me officially say goodbye to bas ekspress.

Terkejutnya saya nih jumpa tiket bas ekspress yang dah lama gila. Tengok tarikh tu. 9 OGOS 2004 weh. Yang tak boleh tahan Mr. Daddy selamba jer cakap, ni mesti tiket bas masa honey nak datang jumpa abang dulu. E-ce-ceh-ceh. Ingat kita ni tak ada kerja lain kot. Datang KL nak jumpa dia sajer. Tak ada makna OK! Itu tiket saya datang untuk interviewwwwww.

Tapi hebatkan boleh simpan sampai sekarang. Itulah namanya memori. Memori yang menjadi kenangan. BAk kata MR. Daddy saya ni suka simpan "memori beserta bukti". Senang nak cerita dengan anak cucu.

WHAT-EVER!!

No comments: