Kemurungan yang melanda makin melampau. Walaupun setelah bergigih menyeru semangat namun semangat tetap tidak kunjung tiba. Makanya.....
Marilah kita selesaikan duit yang masih ada dalam poket ni. Mungkin bila duit dah habis baru semangat tu nak datang.
Jadi decide dengan MR. Daddy nak bawa bebudak ni pergi mandi-mandi tapi tak nak mandi pantai. Kalau nak pergi pantai kena cari pulau baru layan. Bagitau MR. Daddy dapat hotel yang ada swimming pool pun ok. MR. Daddy kata baik mandi dekat Presint 11 punya kompleks kejiranan tu jer.
Hari Sabtu nak pergi, hari Khamis baru bincang. Plan terkejut-terkejut ni memang syok. Menggelupur cari hotel. Awalnya nak ke Gold Coast Morib. Lepas tu MR. Daddy kata dia banyak review dalam beberapa blog kata tempat tu kalau anak bawah umur 7 tahun macam kurang fun sikit sebab banyak pool yang tak boleh main. Alahhhhhhh tak moh lah. Ok cari tempat lain.
Lastly settle dekat Primaland Port Dickson. Semua MR. Daddy yang buat, Kak Fifi macam biasa yes-no-yes-no-orait-thank you. Mem besar kannnn.
Ketibaan...Nak Check-in ada masalah internet sekejap. Macam selalu mem besar perati dari jauh je.
View dari bilik. Apa lagi menggelupur lah bebudak ni nak pergi mandi. Sampai-sampai bilik tu terus tukar baju sebab dah teruja sangat nak buat terjun teruk. Walau hakikatnya waktu matahari memang terpanjang panas berdenting. Kita tabahkan jelah hati ikut kehendak bebudak ni. Walhal ahkak pun sama naik jugak.
Aktiviti pun dimulakan. Weeeeeeee.
Kebetulan orang pun tak berapa ramai, puas lah bebudak ni main. Mana nak ramainya tengah hari berdenting. Kitorang anak beranak jer yang excited.
Apa abang naik, semua dia nak naik. Mami ok jerrrrr
Yang penting kita happyyyyyy!!!!!!
Quality time with Very Important Persons.
Luncur sotong pulak. Yaaaaaaaaa
Ibu yang gembira (0_o)v
Slide air. Best gila. Tapi nak panjat tangga naik ke atas tu yang maleh. Letih. Dengan basah-basahnya nak memanjat lagi. Tapi sebab nak keseronokan naik jugaklah.
Siap angkat tangan ke atas anak dara tu. Happy betul dia. Mami lagilah happy. Maklumlah kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan seorang ibu. E-cehhh
SEDIA!!!
Inilah luncurnya. Ahkak suka yang merah kuning tu. Paling hazab nak dukung Nuha naik sebab dia pun bising nak jugak merasa naik slide ni. Tiga kali jer lepas tu surrender!
Si dugong saya.
Tak mahu naik sampai kecut mecut tangan semua.
Latihan kekuatan tangan untuk mami. Dia tengok abang dia berenang, dia pun sibuk nak berenang jugak.
Kesukaan si abang. Sebab dia boleh beraksi.
Baiklah anak-anak pastikan kita main semua permainan yang disediakan di sini. Jangan ada yang tertinggal. Rugi mami bayar walau tak berapa nak mahal.
Peace... v
Jom sambung lagi.
Cepat mami lari....
Kawasan ni semuanya adalah kawasan permainan air. Ada empat pool yang berbeza mengikut peringkat umur. Tapi saya anak beranak memang main dekat kawasan ni jer walaupun sebenarnya ada kawasan yang lebih sesuai untuk Nuha. Tapi Nuha tak suka since abangnya main dekat tempat lain.
Lagi dua kawasan adalah kawasan dewasa. Tak sesuai untuk budak-budak so saya langsung tak ke situ. Ada juga kawasan yang korang boleh cycling. Sewa jer basikal yang disediakan. Bilik penginapan kami selesa untuk empat beranak. Total penginapan + theme park RM 230++. Theme park diorang bagi dua pass masuk dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk dewasa. Nuha free sebab underage dan Irfan pula under height (4 feet).
And baju mandi juga bebas as long as pakai baju.
Ok sekarang memang tengah bertungkus lumus untuk projek akan datang. Eh betullah bila duit dah habis baru semangat tu datang.
K byeeeeeeeeeee.
No comments:
Post a Comment