Akhirnya tugas pentinf yang tertunggak telah pun selesai. Subhanallah punyalah hazab nak menyelesaikan walaupun hakikatnya simple jer. Tapi disebabkan gen-gen MALAS tu terlalu banyak membiak dalam darah daging maka bertunggaklah jadinya.
Bebudaknya ni masa cuti raya tu alhamdulillah banyak juga dapat pemberian duit raya. Bila dikumpul-kumpul banyak juga rupanya. Cumanya tulah nak pergi menyimpannya tu. Ya ampun punyal;ah pemalas mami diorang ni. Dari sehari tu nak menggerakkan vontot tu punyalah berat nak mams!
Akhirnya ada sehari tu cuti ajak MR. Daddy pergi jugak ke Tabung Haji Putrajaya. Saya pilih untuk buka kan akaun tabung haji untuk dua-dua anak saya ni. Akaun lain tu kita tak payah pakai dah. Kalau-kalau ada rezeki bawa diorang naik haji masa muda. Insya Allah kalau usaha mesti ada jalan kan.
Sekali sampai tabung haji Putrajaya tu, Ya Allah penuh, padat, sendat! Ko nak buka pintu pun tak boleh. Macam naik lrt waktu peak hour. Tobatlah saya nak masuk. MR. Daddy pun tak mahu. Cari pasal namanya. Maka urusan hari tu tertangguh juga.
Decide pulak pergi hari lain. Kali ni Tabung Haji buka jer terus serbu. Alhamdulillah dapat no giliran yang kelima. Dan untuk buka akaun baru dia asingkan kaunter. Sekali tu kakak kaunter tu orang kampung. Cuma saya tak kenal dia. Dan lepas setengah jam semuanya selesai.
Ok anak-anak lepas ni rajin-rajin simpan duit yer, boleh kita pergi haji sekeluarga...Insya Allah, amiiin.
No comments:
Post a Comment