Thursday, February 27, 2014

Selamat Bersara

Ini adalah cerita lama yang tersimpan dalam phone. Tak ingat nak transfer gambar. Bila ingat kabel pulak tak bawak. Bila ingat dan ada kabel untuk transfer gambar folder pulak tak boleh bukak. Bila dah ingat, kabel pun ada, folder dah boleh bukak...malas pulak melanda. Hoih mengada-ngada. Pemalas nak mamps!!!

So hari ni pakej semua lengkap lets transfer.

Ini majlis perpisahan dengan ex-boss kitorang. MR. Subramaniam. Dia menamatkan perkhidmatan sebab bersara pilihan pada 31 Januari 2014 yang lepas. Tengok dia dah bersara syok jerrrrr. Tetiba rasa nak bersara jugak. Apasal borang bersara pilihan tu tak ada opsyen bersara umur 30 tahun. Kot ada kan ke bagus. Dah wajib bersara sangat dah kak ton nih. Tak larat dah nak kerja. MEngada-ngada!

Jadi sebagai meraikan kerjasama yang pernah terjalin antara kami, kitorang pun belanjalah dia makan. Pilih Indian Vegetarian Food sebagai menghormati permintaan yang dirai.

 Berselera dak abang kawasan kita makan. abang kawasan jangan marah naaaaaaa....Ni kalau dia baca nih mampos aku.

 Left : MR. Subra...our R&D ex-boss. Sampai sekarang tempat dia masih kosong belum berpengganti. Semua pengarah "berat hati" nak ambil alih tempat dia.

 Nampak tak punya selera diorang makan. Sedap sangat lah tuuu

 Kak ton pung tak reti nak menyebut apa yang diorang makan tu. Semuanya vegeterian. Kak ton macam biasa jadi wartawan lokasi. Tak makan pung. Bukan sebab perkataan Indian tu tapi sebab perkataan vegetarian yu. Akak tak makan sayur dekkkkkk. Ini pulak yang dihidang semua sayur...meleleh air mata akak menengoknya.

Selamat bersara MR. Subra. Moga kehidupan bos lebih mengujakan selepas melalui fasa persaraan ini. Ada umur, ada jodoh kita berjumpa lagi.


2 comments:

ieyza azmiey said...

yeke "berat hati"
aiolls rasa ada je org yg langsung tk berat hati malah sangat80x nak duduk situ tapi kena tgu turn.....
kesian, kesian, kesian...

Unknown said...

ieza yg berat hati tu pengarah yg sedia ada, yg "bakal" naik pengarah tu mmg panas vontot dah. Menggelupur menuggu turn dia nak dinaikkan. Dah ada tittle pengarah lagi syok mengarah.