Thursday, February 20, 2014

Mosquito Patch

Sekarang musim denggi bermaharajalela kan. Kemain banyak lagi keluar cerita kes-kes denggi ni. Seriau kak ton. Lagi dekat Putrajaya ni pun tak kalah kes denggi. Semalam dalam berita pun ada sebut beberapa kematian disebabkan oleh kes denggi. Eeeeeee ai is seram.

Si nuha pulak lately ni kemain banyak bekas-bekas kena gigit dek nyamuk. Tiap kali amik dia belah petang, tengok muka tangan kaki dia sure merah-merah bekas kena gigit nyamuk. Makwe tu jenis kulit tak tahan. Kadang-kadang bekas kena gigit nyamuk tu boleh jadi kudis. Kadang sampai berbekas hitam.

Risau gak nengoknya. Ialah emak-emak kan memang gitu lah. So tiap kali hantar nuha ke nursery bekalkan dengan mosquito patch. Pesan teacher dia tampal dekat belakang baju tiap kali dia tukar baju.





Itulah rupanya mosquito patch yang saya guna. Yang kaler biru tu isinya. Itulah yang kita tampal dekat belakang baju bebudak ni. Patch ni bagus sebab ia tak beracun. Diperbuat daripada serai wangi. Bukan setakat nyamuk, lain-lain serangga pun tak akan nak dekat sebab serangga memang tak suka baunya.

Saya beli ni dekat Guardian. Tak ingat berapa hengget sebab selalu beli yang double pack tapu rasanya kalau yang si gle box tu dalam belas-belas kot. Ada banyak jenama tapi saya paling suka yang ni sebab bau serai wanginya kuat.

Kotaknya kecil and memang selalu ada dalam handbeg saya, maklumlah beg doreamon. So kalau makan dekat luar, atau bawa budak-budak ni main dekat taman saya akan tampal. Mencegah lebih baik dari mengubati kan

♡Ini bukan pos berbayar...sekadar pengalaman sebagai pengguna♡

No comments: