Monday, October 7, 2013

Girlfriend Tak Sihat

Start dari rabu last week Nuha tak berapa sihat. Rabu tu start selsema and batuk. Bawa pergi klinik, doktor check tak ada apa-apa. Paru-paru pun ok. Tapi bunyi kahak tu macam banyak giler. Then subuh Khamis tu around pukul 3.00 pagi macam tu dia merengek. Bila pegang badan dia panas. Cecepat bagi ubat.

Waktu ni dia dah meragam. Merengek. Bagi susu semua tak nak. Dukung pun merengek juga. Mungkin sebab badan dia tak selesa. Lepas tu dia kembang tangan dengan MR. Daddy. Minta MR. Daddy kena dukung dia. Tapi tak nak duduk. Dia nak MR. Daddy bawa dia jalan-jalan keliling rumah. Oh girlfriend ni sekarang manjaaaaaaaaa sangat dengan MR. Daddy.

Pantang nampak MR. Daddy sure kembang tangan dia. Tapiiiiiiiiiiii MR. Daddy kalau dukung dia memang tak boleh duduk. Dia tak nak. Wajib bawa dia jenjalan keliling rumah. Lagi-lagi kalau nampak MR. Daddy hensem-hensem. Tak bawak dia siap!!!

Tapi budak omey saya ni demam. Sian dia. Tak seceria biasa. Siang dia main ala-ala jer, then malam mesti merungut. Badan dia tak selesa. Hari ni dah pergi nursery. Badan dah tak panas. Tapi batuk selsema masih ada. Selera makan pun masih belum mari. Sedih rasa. Sebab Nuha memang terkenal sebagai food lover. Tapi nak sedapkan hati katalah kononnya dia demam sebab nak ringankan badan nak berjalan. Huhuhuhu.

Adik dah ok sikit, now si abang pulak. Dari semalam cerry berry. Ntah mana silapnya. Sian dia. Mujur tak muntah-mutah sekali. Kalau tak mesti lagi teruk. Pagi tadi MR. Daddy call teacher dia tanya, katanya ok jer. Main and belajar macam biasa.

Cepat sihat ye girlfriend and boyfriend mami. Kalau sakit itu boleh dipindahkan, mami sanggup jer ambil sakit-sakit kalian.

Waktu ni dah start tak selera makan. Bagi dia makan buah jer. Tambah vitamin C. Kemain kelucup=kelucup makan strawbery. Depan sinki mami pun jadi.


Ini semalam bawa boyfriend makan pizza hut. Sekalinya girlfriend pun nak makan juga. Habis semangkuk mushroom soup. Happy mami. Terisi jugak perut dia. Kalau tak tu tiga empat sudu jer yang dia lalu nak makan.


Happy faces. Tapi yang paling happy nuuuuu yang paling kiri tu.

Ini boyfriend malam tadi. Orang sibuk behind the scene dia pun sibuk jugak behind the scene. Layankanlah...Kang merajuk pulak.

 

No comments: