Nak sambung lagi cerita Irfan masuk Darjah Satu.
Tapi sebelum tu nak mengutuk diri sendiri...
Punyalah lama tak update blog sampai terlupa nak letak tajuk entry untuk posting semalam. Teruk betullah perangai.
Ok sambung balik cerita Irfan.
Settle urusan hari pertama belah pagi, bawa Irfan balik pergi makan.
Kak Jeng tak dan nak masak. Udah aku pun masuk sekolah mana nak memasaknya.
Irfan request nak makan the chicken rice shop.
Ok jom ke The Pulze.
Petang tu masuk sekolah balik
*lap peluh dengan hujung tudung*
Kali ni urusan KAFA pula.
Pendaftaran KAFA dibuat di Pusat Sumber.
Dari jauh aku nampak dah kasut bersepah-speah dekat luar pintu pusat sumber tu.
Soheh! Soheh beratur lagi.
Ye jangkaan ku memang benar belaka.
Masuk dalam tu meraba-raba mencari borang yang perlu diisi. Rupanya ustaz dan ustazahnya ada duduk di ceruk sudut yang kalau kau tak round keliling pusat sumber kau tak akan jumpa punyalah. SEdih Kak Jeng diperkotak-katikkan begini.
Sementara Kak Jeng isi form Mr. Daddy pergi beratur.
Habis Kak Jeng isi form Kak Jeng pun beratur tapi barisan yang lain daripada Mr. Daddy.
Kita tengok barisan mana lagi laju.
Pung pang pung pang pukul 3.45 selesai.
Dan kelas KAFA akan bermula minggu depannya.
Settle tu terus balik rumah.
Nak rest kejap sebab petang sikit lagi nak ambil Nuha pula.
Sampai rumah dua-dua Kak Jeng dengan Mr. Daddy tumbang kepentan.
Irfan steady...melompat-lompat sambil cerita betapa excitednya dia masuk sekolah abang-abang hari pertama.
Kak Jeng sambil dengar cerita Irfan sambil layan mata...tau-tau dah hanyut sampai laut hindi.
Kiranya cerita Irfan tu dah macam bedtime story.
Hari kedua berjalan lancar tanpa gangguan.
Hari ketiga, masa ambik Irfan nampak dalam kelas tu dia dah bertukar tempat duduk.
Balik tu, tanyalah kenapa Irfan tukar tempat.
Rileks jer dia jawab...cikgu tukarkan sebab Irfan bising.
Syabas anak! Baru hari ketiga cikgu dah spot kamu.
Eh, hari keempat lagi best.
Kali ni Kak Jeng tak turun ke kelas dia dah. Tunggu dekat atas.
Aku tunggu sampai 1.30 petang, dia tak naik-naik. Budak tahap 1 lain semua habis dah balik.
Baru nak turun pergi cari nampak dia tiga sekawan jalan nak naik ke atas sambil ketawa bahagia.
Bila tanya pergi mana?
Jalan-jalan tengok sekolah.
Oh-Em-Ge!!! Acah-acah pelancong gitu!
Oleh kerana aku dah aim tahun 2016 ni nak kurangkan sikit perangai singa betina so aku ambik masa untuk bertenang dulu.
Lepas tu baru cakap elok-elok supaya dia faham do and don't
Baru seminggu sekolah aku dah 1,438 kali urut dada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment