Wednesday, July 8, 2015

Kenangan Ramadhan Yang Tetap Segar

Assalamualaikum semua...
*kenyit mata sebelah sambil lambai tangan*

Sepanjang Ramadhan ni saya selalu akan terkenang kisah-kisah Ramadhan sepanjang usia saya kenal Ramadhan.

Tapi dalam banyak-banyak Ramadhan yang saya lalui... Ramadhan 2012 paling terkesan di hati saya. Sangat-sangat terkesan!

Ramadhan 2012...
Dua minggu sebelum Aidilfitri... itulah titik perubahan hidup saya.

Dari peristiwa itulah saya belajar dua perkara utama yang saya pandang remeh sebelum ini.

(1) BUKAN DUIT YANG MENENTUKAN SEGALANYA

Betul duit itu penting, tapi duit tetap bukan segalanya. Dalam hidup ada banyak perkara yang kita tidak boleh ambil mudah semata-mata kerana mahu cari duit lebih. 

Kesihatan, keluarga, ibadat, rehat, persekitaran...semua itu sebenarnya yang akan mencorak hidup kita. Hiduplah dengan seadanya... insyaAllah kita akan benar-benar menikmati betapa hidup itu bukan semata-mata kerana duit.

Jangan semakkan fikiran kita dengan soal duit. Usaha semampu kita yang lain serahkan pada Dia. Yakinlah Dia telah menetapkan rezeki kita, dan Dia tidak akan sekali-kali menganinaya kita. 

(2) SEDEKAH MEMBERI KITA KETENANGAN

Ya, inilah yang saya rasa. Dulu saya beranggapan, nanti kalau aku dah kaya aku akan banyak bersedekah. SALAH!!! Bersedekah sekarang kalau nak kaya. Dah banyak sedekah tapi tetap tak kaya-kaya. Check dari sudut yang lain. Hati kita tenang tak? Hidup kita mudah tak? Masalah kita kurang tak? Orang suka tak dengan kita?

Bersedekah kerana harapkan keredhaan Allah, kerana mahu membersihkan harta. Ganjaran nya tidak semestinya wang ringgit berkepuk-kepuk, emas segunung, harta sekapal. TIDAK!!! Allah boleh beri dari sudut yang lain.

Allah beri hati yang tenang. Kita tidak runsing, sentiasa ceria dan gembira. Allah beri kita kelancaran hidup. Kerja dekat pejabat jadi mudah dan lancar, kesihatan kita juga baik. Allah selesaikan masalah kita. Tiap kali datang dugaan atau cabaran, mudah jer kita jumpa penyelesaiannya, ramai jer yang nak bantu kita. Allah beri kita aura kasih sayang. Kawan-kawan pejabat senang dengan kita, jiran tetangga mesra dengan kita.

Semua tu rezeki. Kita jer yang kadang-kadang nampak semua tu macam remeh. Padahal cuba sekali Allah uji dengan kesihatan, baru kita sedar betapa nikmatnya hidup yang sihat. Allah uji dengan hati yang gundah gulana, baru kita tahu hati yang tenang itu juga rezeki. 

Saya belajar dari kesilapan dan saya masih lagi belajar.

Semoga saya, awak dan kamu semua akan terus belajar menikmati kehidupan dan mensyukuri nikmat Tuhan.

Assalamualaikum :) 


#Di dalam setiap rezeki kita ada terselit hak yang lain, maka tunaikanlah hak mereka...

No comments: