Tuesday, October 21, 2014

Blueberry Cupcake

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni kerajinan bersiaran apabila menjelang tengah malam. Ntah hantu mana merasuk. Masuk je pukul 10 ke atas terus gigih nak berblog bagai. Walhal waktu lain tu idaklah sibuk mana, malas jer lebih.

Seminggu dua lepas rasanya gigih buat cupcake. Tengah malam mengadun bahan. Kompius jiran mak inchik tengah malam buta bunyi mixer. Lapar benor gamaknya. Lepas tu tengah malam juga update pasal cupcake. Tak pelah sesuwai sangatlah kan.

Moh cuba... mudah jer yong.

Blueberry Cupcake

Bahan-bahannya:
1) 60gram tepung gandum (diayak)
2) 4 biji telur (saiz besar guna 3 biji sahaja)
3) 150gram gula kastor
4) 120gram planta
5) 100gram coklat masakan putih
6) 1 sudu teh esen vanila
7) Satu peket fresh blueberry
8) 1 sudu besar gula pasir halus (boleh dikurangkan)

Cara-cara Membuatnya:
1) Dengan kaedah double boil cairkan coklat masakan putih bersama planta.
2) Setelah cair biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.
3) Masak blueberry bersama gula pasir halus sehingga gula mencair.
4) Ketepikan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree.
6) Dengan menggunakan mixer pukul telur bersama gula sehingga kembang.
7) Tambahkan esen vanila dan kacau menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
8) Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati menggunakan spatula.
9) Akhir sekali masukkan coklat cair dan gaul rata.
10) Sediakan cup di dalam acuan muffin.
11) Masukkan sedikit blueberry masak pada dasar cawan.
12) Tambahkan adunan kek sehingga 3/4 penuh. (blueberry juga boleh dimasukkan selepas adunan).
13) Bakar selama 10 minit pada suhu 200 degree.

Dan hasilnya...



Nyummeh...

Sumber asal : youtube.

No comments: