Tuesday, May 20, 2014

Cacamarba

Assalamualaikum....

Hai shemuaaaaaaaaaaaaaaa

Meh kita kongsi cerita cacamarba minggu lepas. Malas nak buat setiap satu entry yang berasingan jadi kita lenjankan dalam satu entry. Senang sekali taip jer...dan senang juga tak payah nak pikir tajuk entry yang pelik-pelik.

First sekali cerita belated birthday. Thank you lah pada kengkawan sebab gigih juga belikan kek untuk ahkak walaupun belated dah dua minggu. Terima kasih terima kasih.

Ermmm dap. Nom! Nom! Nom! Rasa apa ek, lupa pulak. Tapi memang sedap.

Then cerita TBC's sport day. Ini taska Irfan. Tahun ni diorang buat sport day dekat Bagan Lalang. Agak jauh jugak. Tapi memandangkan tahun ni tahun akhir Irfan dekat situ kita ikutkan jer. PEpagi dah kejutkan bebudak tu bangun. Mujur senang nak kejutkan Nuha sebab anak dara ni selalunya meragam kalau tidur dia kita kacau. Tapi pagi tu mood dia ok. Tahu nak pergi berjalan kot.

Sampai bagan Lalang lebih kurang pukul 8.30 pagi. Acara dah start dah. Tapi bagi Irfan makan dulu. Disebabkan dia dah excited nak main, makan pun tak nak. Terus cari teacher dia tanya acara dia bila. Just nice lepas tanya acara dia pun tiba. Syok lah mamat tu. Maka mari kita bersorak untuk anak-anak bersukan.

TBC's Sport Day

 Ketua pasukan sorak... peace yo!

Tapi bersorak sambil kendong anak langsung tak mengujakan. Patah pinggang ahkak. Budak Nuha ni geli pulak dengan pasir pantai. Dia tak mahu langsung jejak kaki dia dekat pasir tu. Tak nature love langsung.

 Irfan and the gang. Dia sorang jer yang pakai baju hijau, orang lain semua pakai baju taska. Dia yang sibuk nak pakai baju kaler tu sebab dia rumah hijau. Layan kan jer.

 Semua budak dibahagi ikut kumpulan berdasarkan warna. Ada hijau, kuning, merah, biru, ungu.

 Handsome bujang akak. Kalau tak mami sendiri puji saper lagi nak puji ye dok....Moh lah puji anak-anak memasing.

 Pening sebenarnya mengurus anak-anak kecil macam ni, lagi-lagi kalau dia dah berkumpul reramai macam tu. Memasing ada idea sendiri. Keluar anak tekak cikgu nya bercakap.

Ggroup hijau. and luckily diorang menang. Bebudak tak faham apa-apa pun, tahu-tahu mak bapak budak yang terjerit terpekik melompat bila menang. Melopong bebudak tu nengok perangai mak bapak masing-masing.

Tapi Sport Day hari tu tak dapat dihabiskan sebab hujan lebat mencurah-curah. Tepi pantai pulak tu, angin kuat jangan cakaplah. Memang terbang semua. Kitorang pun beransur pulang sebab pukul 11 ada jadual nak ke tempat lain pulak. Insya Allah tahun depan panjang umur jumpa lagi, untuk Nuha pulak.

Lepas tu malamnya ke Selayang pulak. Memang kitorang biasa ke Selayang dalam sebulan tu sekali lah paling kurang sebab ada abang ( READ : along) dekat sana. Normally memang pergi malam sebab siang along kerja. Kalau bagitahu bebudak ni nak pergi jumpa pak long mesti happy, si Irfan yang paling happy. Tapi malam tu meriah labih lagi sebab ada adik-adik yang join. Paling penting along dapat jumpa Lily; si buah hati.

 Kesayangan along. Buah hati pengarang jantung.

Transit rumah adik dekat Shah Alam, malam baru gerak ke Selayang. Tapi kitorang gerak dari rumah.

Sampai Selayang pukul 9.30 malam. Ingatkan kitorang lambat dah. Rupanya adik lagi lambat. Walhal masa kitorang baru turun susur ke Jalan Tun Razak, diorang dah sampai Pasar Borong Selayang. Kiranya dalam lima minit diorang boleh sampai. Rupanya kitorang juga yang sampai dulu. Adik sesat entah ke mana. Berpusing-pusing tak jumpa simpang masuk. Dekat setengah jam menunggu.

 Kebuluran menunggu orang sesat. Nuh apun dah mula bising sebab budak ni perut dia tak boleh lapar, kang dia mengamuk.

BFF...Dua orang ni kalau berjumpa kemain lagi. Anak-anak yang menyejukkan hati.

Ok...nanti ada cerita cacamarba kita buat lagi satu entry. Hoih makin hari makin malas, apalah nak jadi dengan ahkak ni. Not good! Not good!


2 comments:

ieyza azmiey said...

mau tak belated smpai dua minggu..
orang tu kan "org penting", bizi memanjang... alwaysss je takde kat tmpt la, cuti la... halfday la....
bizi mengalahkan KSU

Unknown said...

Idoklah mengalahkan KSU cuma sipi-sipi kebizian itu adalah sikit-sikit sama macam kebizian perdana menteri india... amma!