Thursday, April 3, 2014

Tempahan Baju Raya

Assalamualaikum uolllsssssssssssssss...

Ceria kak Fifi hari ni. Actually hari-hari pun kita kena ceria baru lah nampak muda gittew.

Ok-ok kembali ke pangkal jalan. Sekarang dah masuk bulan April. Kejap jer kan. Masa berlalu memang tak perasan. Benar seperti firman Allah:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

: Al-Asr (1 - 3)

Semoga kita tidak menyesali masa-msa yang telah berlalu. Sigh.

Oh, masuk bulan empat ni dah ada 2 customer hantar baju raya. Terkujat kak Fifi. Katanya takut nak hantar lambat-lambat kang tak terima dah. Memang pun. Ahkak seminggu sebelum puasa memang tak ambik dah. Sebab aim menjahit danya sampai seminggu pertama bulan puasa. Lepas tu tak mahu jahit. Ialah dalam bulan mulia gitu baik lah kita perbanyakkan amal ibadat kita. Kan ke beribadat di bulan Ramadhan pahalanya berlipat ganda :)

Customer pertama ni officemate. Sekali dengan baju anak-anak semuanya total jadi 7 pasang. 

 Yang kain belah kiri tu 10m untuk 3 pasang. Kiranya sedondon di hari raya. 

 Tadaaaaaaa... satu baju dah siap. Siapkan awal sebab akak tu nak jahit kemasan karipap sendiri pada leher baju ni.

 Ini baju MAMA. Actually baju ni sekali dengan baju adik ipar. Tapi yang adik punya masih on the way. Cantikkan warna and coraknya.

Inilah contoh jahit kemasan karipap pada leher. Ada orang panggil kerang. Mana-mana pun boleh. Actually MAMA tak minta pun tapi sebba kain sutera rasa sayang pulak nak tindih mesin jer. So merajinkan diri menjahitnya.


NAmpaknya kenalah beli kain untuk buat baju raya Irfan dengan Nuha awal-awal. Takut kang sibuk jahit baju orang baju anak sendiri tak siap juga. Tapi puasa ganti jangan buat-buat luupa pulak. Kak Fifi tinggal lagi sehari. Chai-yok! Chai-yok!


Tema apa kita tahun ni?


No comments: