Friday, December 13, 2013

Hari Graduasi TBC

Ini last week punya event dekat tadika Irfan. Irfan tak graduasi tapi dia ada ambil bahagian dalam persembahan pentas. Last year hari graduasi diorang buat sekali dengan sukaneka. Tapi this year hari graduasi dibuat sekali dengan pementasan pentas. Oklah enjoy juga tengok bebudak ni tunjukkan bakat diorang.

Acara mula pukul 9.30 tapi awal pagi around 7.30 hantar Irfan dulu sebab dia kena standby untuk persembahan dia. So pukul 9.15 gitu baru gerak pergi ke Uniten. Oh graduasi bebudak ni buat dekat dewan library Uniten, lima minit dari rumah saya.

Mak Tok pun datang pagi tu nak tengok Irfan. Tapi rasanya Nuha yang paling enjoy. Tak berenti-renti dia berjoget. Moh lah kita tengok gambar. Biar gambar yang berbicara.

 Acara pembukaan...nasyid

 Acara seterusnya...pakaian beragam. Kalau korang tengok makwe paling kanan pakai baju merah-putih tu geram ok! Chomel gila! Lepas tu bergaya macam kan catwalk model. Memang riuh parents dekat auditorium bertepuk.

 Ini acara Irfan. 12 orang penyamun. Irfan jadi penyamun. Dia paling kiri. Gambar bawah tu dia pandang Mak Tok dia yang duduk belah kanan.

 Persembahan ni tajuknya " Under The Sea". Masa ni kemain Nuha menari ikut sama macam bebudak atas pentas tu. Rasanya dia biasa tengok kot bebudak tu practices tu yang dia dah hafal tau.

 Persembahan ni di adaptasi dari drama animasi Upin Ipin "Cerita Kami - Si Gembala Kambing". Chomel tak ingat. Lagi-lagi si bunga merah tu. Hoih rasa nank gigit pipi. Kemain keras dia menari sebab dia takut bunga dia jatuh.

 Tarian "Mirror" dari anak-anak berumur 5 tahun.

Chinese Dance daripada anak-anak 5 dan 6 tahun. Yang ini memang cantik tariannya. Lembut dan berseni. Mungkin sebab diorang dah boleh faham arahan cikgu.

Here the teachers. Semua guru-guru TBC dari pelbagai cawangan dengan tema tahun ini "Once Upon A Time". Thank you teachers for being there for my both babies Irfan and Nuha. Thank you for all your kindness, your caring and for your love. 


No comments: