Wednesday, March 29, 2017

Telekung....Lagi

Tempahan terbaru Telekung Nuha

Yang ini dari jiran Putrajaya...untuk anaknya umur 3 tahun kalau tak silap.

Nak warna purple.

Dan hasilnya...




Jom tempah juga untuk puteri kita. Biar dia happy nak menunaikan solat...ada dari saiz seawal usia 3 tahun. Ramai yang dah berpuas hati dengan Telekung Nuha ni tau...

Boleh whatsapp kak jeng untuk tempahan 012.616.3705 atau klik je link Tempahan Telekung untuk tau info lebih lanjut.

Tuesday, March 28, 2017

Tempahan Baju plus On Demand Shawl

Lagi tempahan baju package dengan shawl.

Kali ni customer kata dia nak shawl ala fareeda. Kak jeng ok saja.

Bajunya dia nak blouse 2 in 1. Maksudnya pakai dengan kain boleh dengan seluar pun boleh. Macam biasa kak jeng ok saja.

Then kainnya pula jenis kain batik sarawak ke sabah ntah. Yang ni dia nak kain duyung...pun kak jeng layan kan saja. Ya lah benda kita boleh, kita ok lah...yang tak boleh buat tu kita kenalah tanya dengan sifu.

Masa untuk menunjuk-nunjuk kikiki






Somel tak? Somel tak?

Eh eh ada yang nak tempah juga ke. Meh lah whatsapp kita

6012.6163.705

Insya Allah jahitan kemas dan berpuas hati. 


Monday, March 27, 2017

Pilihan

Wowww...dah Monday

Kalau sebelum ni selalunya Monday mesti nak blues, ntah napa ntah...gedik benor.

Tapi since last two weeks setiap Monday tak sempat pun nak blues. Mana taknya dari celik biji mata sampai tutup balik sibuk dengan urusan peribadi.

Dan pagi Isnin ni ada appointment dekat Cheras dan esok appoinment dekat Salak Tinggi. Syok juga bila kerja sendiri ni cuma penat sikitlah terkejar-kejar.

Dah kau yang pilih maka hadaplah kannnn

Semua pekerjaan pun sebenarnya ada pro and con nya. Tinggal kita je yang kena pandai manage sebab kita yang pilih kan...InsyaAllah kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh apapun pekerjaan yang kita buat pasti akan membahagiakan.

Sebaik-baik pekerjaan adalah yang paling dekat dengan hati kita, yang menggembirakan kita. Sebab hati yang gembira adalah hati yang paling mudah untuk ikhlas...

Sekian tazkirah pagi Isnin dari Kak Jeng

Saturday, March 25, 2017

Tukar Selera


Kononnya....
Ini beberapa minggu yang lalu. Waktu bila tanya semua orang nak makan apa semua bagi jawapan standard tak tahu.

Ko ingat tak panas hati bila orang jawab tak tahu.

Makanya...

Kita sediakan je makanan ikut sedap tekak kita siapa complain or mogok tak nak makan sila duduk jauh-jauh. 


Ha ini namanya menu acah-acah diet. Makan sayur je tapi ada juga ayam panggang di situ dan telur dada racik.

Tapi tak jadi nak marah sebab semua yang duduk dekat meja maakn tu memang makan sampai licin. Tanjat gegirl. Ingatkan menu acah-acah diet ni tak laku...sekali laku keras kau!

Either sebab menu baru or lapar sangat or takut mak ko ijo

Kihkihkih

Friday, March 24, 2017

OMG Akhirnya

Setelah mengharungi banyak cabaran dan rintangan akhirnya siap juga palazo idaman kalbu kih kih kih drama sangat nih.

Banyak benar rintangan nak menyiapkan palazo ni. Bukannya apa, asal bentang je kain asyiklah terfikir "eh baju orang ni nak ambil dah." Penyudahnya lipat balik, buat dulu baju orang.

Atte macam mana nak siap palazo kita. Tetapi akhirnya berjaya juga *insert tepuk tangan*

Jadi mari berkenalan dengan palazo kak jeng *kenyit mata*






Apa macam? Gorgeous tak? Ada ke yang berkenan. Meh lah calling-calling kak jeng...bisik-bisik dalam whatsapp pun boleh tau. Saiz boleh dirunding sebab ini custom made so memang buat ikut saiz you all.

Material???

Kak jeng guna soft cotton tapi kak jeng ingat nak try jugaklah yang material untuk seluar lelaki tu...kot-kot lah lagi mengancam...ye dak.

Dannnn

Kak jeng juga ada try buat seluar style selain palazo. Saja test bakat...Yang itu next time kita show off okeh.