Friday, June 5, 2015

Pemegang Periuk (Without Sewing Machine) [ TU.TO.RI.AL ]

Assalamualaikum....
Lama tak bersiaran. Tetiba kerajinan datang bertandang. Moh lah kita gigihkan diri menulis satu dua entry. 

Oleh kerana roh rajin tu dah meresap masuk ke dalam maka... kita mulakan entry bulan Jun dengan sesuatu yang berfaedah (harap-harapnya lah). Tutorial Pemegang periuk (tanpa menggunakan mesin jahit). Soooooooo korang kena guna jahitan tangan. Masa yang diambil lebih kurang 1/2 jam.

Bahan - Bahan yang diperlukan :


(1) Kain perca bahagian dalam 8" x 6" <--- besar="" ikut="" masing-masing.="" ni="" saiz="" span="" tangan="" tapak="">
10 keping (minimum). Boleh campur-campur apa-apa jenis kain, yang penting ia boleh bantu tangan korang dari terkena panas masa angkat periuk. Saya guna 12 keping. Kalau nipis sangat nanti tangan kita tidak terlindung oleh rasa panas tu.


(2) Kain perca bahagian luar 8" x 6". Ini perlukan dua keping


(3) Kain perca untuk poket tangan 6.5" x 6". Ini perlukan sekeping.

(4) Bias tape / Ribon 1.5" / Kain perca 1.5" x 6" (ini perlukan 4 keping)
(5) Jarum jahit
(6) Benang - warna apa ikut suka korang
(7) Gunting


a) Kita mulakan dengan poket tangan. Mula-mula lipat satu bahagian lebar poket tangan (dalam 1/2").


Lepas tu, lipat lagi sekali. So maknanya korang akan liipat bahagian lebar tu sebanyak dua kali. Semat dengan pin atau klip, dan mulakan jahitan. Buat jelujur halus. Siapa pakai mesin jahit, langkahnya tetap sama. Lepas lipat dua kali jahit bahagian bawah yang dilipat.


Bahagian lipatan yang dijahit. Gambar atas bahagian depan, gambar bawah bahagian belakang. Jangan risau kalau rasa jahitan nampak macam tak kemas. Anggap sahaja semua itu adalah art :)


Dah selesai. Saya buat jahitan jelujur dua baris. 


Susun kain perca yang korang dah gunting ikut saiz yang ditetapkan tadi. Kain bahagian luar nombor 1 letak terbalik. Kemudian tindihkan kumpulan kain perca nombor 2 atas nombor 1. Kemudian tindihkan pula kain bahagian luar yang bertanda 3 atas kumpulan kain nombor 2.
Inilah susunan yang kita mahukan.


Last sekali letak kain poket tangan di atas sekali. Kita akan jahit pemegang periuk ni dalam susunan macam gambar.
Jahit jelujur kasar keliling kain ni untuk memegang kain so senang bila kita nak mula jahit nanti.


Sebelum terlupa, sediakan juga tali untuk gantung pemegang periuk kita. Kalau ada reben pun ok juga. Kalau tak ada sila buat sendiri. Panjang tali gantung ni terpulang pada korang. Buatlah panjang mana yang korang suka.


Lipat dua pada bahagian belakang dan jahit jelujur rapat pada bahagian yang terbuka (bahagian panjang) yang bahagian lebar biar terbuka untuk diterbalikkan.


Siap jahit, boleh diterbalikkan. Letak tepi dulu.


Kembali pada pemegang periuk tadi. Ambil satu bahagian bias tape/reben/kain perca 1.5"x6" tadi. Letak pada bahagian tepi yang panjang dan mula jahit seperti garisan merah sehingga ke hujung. Anggaran jarak ke dalam lebih kurang 1/4".


Dah siap jahit jelujur rapat. 



Lipat bias tape tu ke atas. Tekan sedikit supaya bahagian yang dah dijahit tadi mati.


Lepas lipat ke atas tadi, tolak bias tape ke bahagian hadapan. Perhatikan gambar jahitan bias tape. Gambar tu bias tape dijahit pada bahagian belakang (tiada poket tangan), kemudian bias tape dilipat ke hadapan (bahagian yang ada poket tangan). Lipat bias tape (anak panah kelabu) dan lipat lagi sekali (ikut garisan anak panah kuning). 


Sematkan peniti atau kepitkan untuk memegang bias tape ketika menjahit. Jahit bahagian bawah bias tape. Pastikan depan dan belakang bias tape sama aras dan jahit jelujur halus (mesti kena bias tape depan dan belakang).


Contoh bias tape yang dah siap dijahit. Bahagian belakang juga mesti sama seperti bahagian depan. Jahit pula bias tape untuk bahagian yang satu lagi. Gunakan langkah dan cara yang sama.


Jahit pula bias tape untuk bahagian bawah. Di sini saya selitkan tali penggantung. Letakkan tali penggantung terlubih dahulu dan tindih dengan bias tape. Lipat ke dalam lebihan bias tape di kedua-dua hujung (seperti gambar). Mulakan menjahit seperti langkah dan cara menjahit bias tape yang sebelum ini. Buat untuk kedua-dua bahagian atas dan bawah. 


Pemegang periuk anda telah siap. Jelujur kasar untuk pegang kain tadi dah boleh buang. Pemegang periuk dah sedia untuk digunakan (",)

Selamat mecuba