Tuesday, January 21, 2014

Kejadahan Namanya....

Ini cerita mimpi yang tak masuk akal...

Last week rasanya ada lah nampak dekat FB pasal orang sharing and like berita pasal Syamsul Yusof nak nikah dengan puteri apa ke namanya tu. Tak baca pun berita tu just baca dia punya head line sambil lalu.

"Syamsul Yusof akan Menamatkan Zaman Bujang bersama Puteri dot dot dot". Lebih kurang gitulah bunyi head linenya. Dah kata tak minat dengan dua-duanya so tak adalah terasa nak mengorek lebih dalam. Scroll lagi FB adalah jumpa lagi tajuk news yang lebih kurang gitu. tetaplah tak ambil endah.

Ok habis cerita tu. Sekalinya malam esoknya tu...lebih kurang gini, ternampak news tu hari Isnin then kejadian malam selasa...ha gitulah. Ok so malam esoknya tu boleh pulak mimpi jumpa si Syamsul  ni. Choiii betul mimpi. Biasanya orang kata kalau kita terlalu pikirkan sesuatu benda tu akan masuk dalam mimpi kita. Masalahnya jangan kata nak pikir, terlintas pun tidak nama dia. Tapi boleh pulak mamat tu datang dalam mimpi.

Nak menambah lagi kejadahannya boleh pulak dalam mimpi tu ahkak yang gojes ni frust sebab dia nak kawin dengan perempuan lain. Memang speechless sungguh. Siap syamsul tu datang jemput akak sebab nak explain kenapa dia kena kawin dengan perempuan ittew. Motip??????????Oh rasa nak hantuk kepala dekat dinding dek non....Memang tak boleh nak hadam macam mana boleh dia masuk dalam mimpi ku.

Hoih...sampai hari ni masih terngiang-ngiang mengapakah?????

Friday, January 17, 2014

Kucing...meow...meow...meow

Ini binatang peberet Nuha. Dia kalau nampak kucing dia punya teruja memang satu macam. Kemain happy macam kan apa. Menggigil tangan dia nak mencekau kucing tu. Tapi selalunya saya tak bagi pegang. Iyelah kucing jalanan takut bulu jenis mudah tercabut. Budak kan bukannya tahan dengan bulu kucing ni.

Last week balik rumah IBU. Tapi balik hari Jumaat sebab ikut MR. Daddy outstation ke Bagan Datoh. Tempat tu melanggar rumah IBU, lebih kurang setengah jam perjalanan. So alang-alang mari kita tumpang. MR. Daddy terus ke Bagan Datoh saya dengan bebudak tinggal dekat kedai IBU. Dekat kedai IBU tu ada kucing. Kucing datang tapi lepas tu terus melekat dekat situ sebab IBU rajin melayan.

Nuha apalagi excited lah dia jumpa kucing. Kemain geram lagi. Ada dua tiga ekor yang tak takut ke orang. Yang takut semua dah lari lintang pukang. Hoih kemain geram dia. Sampai tak tahu nak cekau yang mana dulu. Ada sekor tu warna hitam kemain lah gemok. Nuha paling geram yang itu. Tapi yang tu tak mboh dengan orang. Itu yang buat orang lagi geram tu.




Yang sekor ni yan paling gedik. Orang tak nak dengan dia pun, dia hegeh-hegeh jugak datang gesel kaki ke orang. Yang ini Nuha picit-picit, tarik telinga dan penghujungnya dia nak pijak. Mujur MR. Daddy perasan.


Thursday, January 16, 2014

Irfan, Kolam dan Air

Kejadian masa reunion dengan kawan sekolah saya. Condo Hanim ni ada swimming pool. Dan reunion ni pulak buat dekat depan swimming pool tu. Dan haruslah bebudak semuanya menggelupur bila nampak pool. Termasuklah Irfan. Nuha pun mula-mula menggelupur jugak. Tapi dia lebih tertarik pada makanan yang terhidang. Maka dia terpaksa buat pilihan...foods or pool. Akhirnya dia memilih pool.

Irfan memang tak jalan lah kalau setagak sogok dengan foods sebab dia memang kureng sikit makan-makan ni. Jadi pool tu lebih menarik perhatian dia. Tapiiiiiiiiiiii macam biasa MR. Daddy bagi dia syarat kena habiskan sepinggan bihun dulu baru boleh terjun pool. Hoi menggelupur laju dia makan bihun. Habis jer bihun terus tuntut janji.

Maka terjunlah. Dan seperti biasa MR. Daddy lah yang kena jadi dia punya life guard. Mak nak bergosip noks.







Memula nak terjun ala-ala malu gitu. Katanya semua orang pakai baju mandi. Dia jer pakai baju biasa. Then pujukklah kata tak per...pakai baju biasa pun tak per. Sekali tu ada sorang budak ni jangan kata nak pakai baju mandi, baju biasa pun tak pakai. Selamba terjun pakai spender...maybe residence situ so dia dah biasa. Bila tengok macam tu terus Irfan melompat. Barulah rasa tak malu sangat.

Bila dah dapat terjun nak pujuk naik kemain payah. Dah biru, dah menggigil tetaplah tenggelem-timbul dalam kolam tu. Kemain syok. Lima belas minit jugalah pujuk dia ajak naik sebab takut selsema. Last sekali baru dia nak naik. Itu pun bukan sebab makan dek pujuk tapi kena ugut dengan MR. Daddy.


Wednesday, January 15, 2014

Rabu Yang Bisu v.6



Friday, January 10, 2014

Atok, Putrajaya dan Chicken Chop!

Last week hari Ahad petang, MAMA datang dengan dua orang adik bawa atok ke rumah kami. Asalnya nak datang hari Sabtu tapi hari Sabtu tu kami tak ada dekat rumah. So lajakkan ke hari Ahad. Ahad tu atok datang. Lepas Asar macam tu MR. Daddy ajak keluar jalan-jalan. Nak bawa atok pusing Putrajaya katanya. Since atok tak penah sampai Putrajaya.

Ok lepas Asar gerak. First place to visit Dataran Putrajaya. Depan Masjid merah, depan JPM tu. Masa ni atok macam terkagum-kagum. Kagum sebab ramai gila umat manusia. Memang kebetulan petang tu ramai gila orang. Saya tak pasti kalau ada apa-apa event di Putrajaya. Then saya cakap dekat atok. Orang bandar ginilah tok. Tempat-tempat mcam ni lah yang ada pun nak bawa anak main. Lain dekat kampung ada sungai tagkap ikan, ada upih pinang boleh main tarik-tarik, ada kawasan lapang nak main konda-kondi. Sian kan generasi sekarang. Semua game pun main dalam ipad jer.

 Masa nak ambik gambar ni MR. Daddy tanya atok nak ambik gambar? Laju atok jawab nak, amikkan atok gambar depan rumah Najib. Atok bajet bangunan JPM tu "istana". Hahahaha tak menahan saya gelak. Depan rumah Najib ok.

Then gambar depan masjid merah. Nak masuk tak dapat hari tu sebab dalam masjid macam ada event. Sesak gila!

Lebih kurang lepas setengah jam lepak dekat dataran, bawa atok pusing-pusing putrajaya naik kereta jer. Malas dah nak turun. Ramai sangat makhluk tuhan. Lagipun dah nak maghrib. So cakap dengan MR. Daddy terus pergi makan jer. Lepas pening lima enam minit ambik keputusan makan dekat SOHO seafood bangi. Actually kitorang pun tak pernah pergi tapi baca feedback orang dalam fb, blog, IG macam ok. So lets give it a try. And worth it. Sila google sendiri untuk sampai ke SOHO ni ek.

  Masa nak amik order suggest pada MR. Daddy amik lauk hidang. Pilihlah lauk apa nak makan. Tapi atok awal-awal lagi dah cakap dia nak makan chicken chop. So tak jadi ambik order hidang.

 Budak ni paling susah nak handle. Sampai tiga empat orang bergilir handle dia sebab kepenatan. Dia tetap cergas ke hulu ke hilir terkangkang-kangkang. Maklumlah budak baru dapat kaki. Akhirnya bagi satey secucuk letak dalam baby seat. Baru senyap.

 Happy dapat makan satey.

 Yang ni macam biasa. Drama paksa-memaksa makan.

Akhirnya habis jugalah satay lima cucuk. Makan nasi lima suap.


Thursday, January 9, 2014

Mami Kena "Pau"...

Dengan si omok Nuha Syarafana. Budak ni memang lah gegirl. Pergi jalan-jalan pantang nampak bear mesti meroyan mintak sekor. Unfortunately mami dia jenis kureng sikit dengan bear-bear ni. Tak berapa suka sebab tak reti nak basuh bear tu. Tapi yang mami tak suka tu lah yang Nuha paling suka.

So semalam pergi makan. MR. Daddy belanja sushi king. Orang belanja kita hadap jer lah apa yang dia suka makan. Lagipun Irfan suka soba dekat sushi king tu. Mak inchik macam biasa ayam tempura. Tetaplah tak akan ku telan benda-benda mentah tu. Mintak mahap.

Habis makan Mr. Daddy ajak masuk parkson sekejap. Sebab katanya ada sale. Dia nak beli baju anak-anak. OK i follow. Pusing-pusing cari baju anak. Dapatlah dua helai untuk Nuha dan sehelai untuk Irfan. Lain-lain saya tak berkenan sebab sama jer pattern nya. Last sekali nak bayar lalu sebelah kawasan lambakan teddy bear. Memang tak perasan. Zap Nuha sambar sekor. Tak nak lepas dah.

Bila Mr. Daddy tarik mengamuk macam kan ko lempang-lempang. Penyudahnya tak tahan tengok pelakon air mata tu terus-terusan buat drama belilah jugak. Mujurlah tak mahal. Kalau beratus memang jangan mimpi.
Balik terus berkawan dengan bear baru dia. Mami dah fengsan kepenatan.





Diaraknya lah kawan baru dia tu ke hulu ke hilir. Habis jadi penyapu. Nak kendong tak larat. Dah menatang tu sama saiz dengan dia. Bila dah waktu tidur suruh dia tidur, ditidurkannya dulu bear tu. Siap tepuk bahu bear dengan nyanyi lagi. Entah berapa lama boleh jadi kawan baik pun tak tahulah. Kita tengok je lah nanti.


Wednesday, January 8, 2014

Rabu Yang Bisu v.5






Tuesday, January 7, 2014

Chinese Muslim Food

Saya ni sebenarnya memang agak memilih kalau bab-bab makan ni. Tapi chienese food yang dah diislamkan saya boleh telan. Dan suka sebenarnya. Especially diorag punya dim sum. Sedapnya lah hai. Nak buat sendiri memang fail lah. Fail tang buat kulit dimsum tu. Selalu "bocor".

Restoran chienese muslim food yang saya agak suka adalah Restoran Muhammad Chan. Yang selalu kitorang pergi yang dekat bangi tu. Dekat Shah Alam pernah pergi sekali. Itu pun sesat. Bersungguh-sungguh minta MR. Daddy cari jugak sampai jumpa. Sebab masa tu dah ada dekat kawasan Shah Alam.

Minggu lepas kot return balik ke restoran Muhammad Chan ni. Itu pun MR. Daddy yang pelawa. Tapi macam biasa mesti dimsum dah banyak habis. Tinggal dimsum yang tak berapa popular. Ah-kak pun tak nak! Agaknya nak kena pacak depan kedai dia sebelum kedai buka kot baru dapat merasa semua dimsum. Tak pun call reserved awal-awal.

Malam tu tak ambik banyak lauk. Cuma tiga jenis lauk campur dengan nasi ayam Irfan. Mamat tu kalau makan kat luar tak dapat nasi ayam patah hati dia. Tak jemu ke apa. Untuk mak bapak kita order yang boleh muat dalam perut jer. Itupun rasa macam terlebih juga.

 Terung goreng crispy. Yang ini saya yang paling banyak melantak. Saya memang suka terung. MR. Daddy makan dua tiga slice jer.

 Siakap sweet sour. Ikan yang dihantar memang sama macam dalam gambar menu besar. Itu yang terliur tu. Eh tengok gambar ni tiba-tiba rasa macam nak lagi pulak. Sedapnya lah.

Buter prawn. Epik! Memang sedap. Telur serabut tu rasa masin-masin. Memang sedaplah. Arghhhhhhhhhh terasa-rasa di tekak. 




Sunday, January 5, 2014

Reunion

Small gathering arranged by my exclassmate. Semuanya berlaku tiba-tiba. Tak adalah grand manapun. Sekadar bertujuan berkumpul semula selepas 15 tahun habis sekolah. Phiewwww memang macam tak percaya.

Kiranya rancang nak jumpa ni memang on the spot. Hari ni sebut. Then dua tiga orang susun tarikh and timing. Then lagi a few kata setuju datang. Then sorang volunteer pick her own house untuk jadi tempat berkumpul. Credit to our ex vice president yang sediakan foods. Semua foods hanim yang cater.

Sampailah hari yang dijanjikan. Start pukul 4.00 pm up sampai pukul 8.00. Tapi me keluar rumah pun dah pukul 3.45. So whatsapp dalam group kata pukul 4.30 sampai kot. Sekali masa kitorang sampai saper pun tak ada lagi. Kitorang first. Punyalah excited.

Bila dah ramai yang sampai barulah tahu diorang lambat sebab sesat. Sesat sebab ikut direction map yang tuan rumah bagi. Kitorang google sendiri plus familiar dengan kawasan kejadian. Tidaklah sesat barat.

Orang paling excited sampai paling awal walhal paling jauh. Tapi memang biasa macam tu kan.

Second family yang sampai. Yang perempuan tu classmate kitorang; Nana yang lelaki tu schoolmate kitorang; Halim. Cinta satu sekolah

Yang ni yang paling kelakar. Both our classmate; Aren and Jaja. Cinta sekelas.


Ketibaan VVIP yang seterusnya.



The girls


Kawan bergaduh dan ketawa. Kau maki aku; aku maki kau. No heart feeling.


The kids. Memang happy lah semua sebab ada swimming pool. Masing-masing sampai dah menggeletar tetap bertahan tak nak naik.


Foods and preparation. Memang tiptop lah Hanim ni buat.

The friendship.

Moga ukhwah persahabatan ini kekal selamanya.

Saturday, January 4, 2014

Weekend

Weekend pertama untuk tahun baru. Hari Jumaat dah bagitau MR. Daddy nak bawak Irfan pergi main bowling. Tapi tak bagitau pada Irfan dulu. Takut tak jadi pergi merempan pulak mamat tu.

So MR. Daddy tanya nak main dekat mana? Kebetulan nak cari kain buat shawl untuk wedding adik februari nanti so alang-alang terus ke IOI Mall. Lagipun MR. Daddy pun nak beli seluar kerja.

Keluar agak lambat. Lepas Zuhur baru gerak. Singgah makan dulu. Then baru ke IOI. Ngam-ngam masuk kawasan parking hujan. Terus parking bawah sebab parking berbumbung. Tapi sesaknya ya ampun. Tiga empat kali round cari parking baru jumpa.

Settle beli kain semua, masuk popular sat. Then terus gerak cari pusat bowling. Masa ni Irfan dah bising tanya nak pergi mana? Sampai jer depan pusat bowling tu terus excited. Mana taknya selalu main dalam ipad jer kali ni betul-betul depan mata.

Irfan dengan MR. Daddy jer yang main. Mami jadi camerawoman. Si kenit Nuha kemain hyper dalam tu. Tempat favourite yang nak ditujunya lorong pin. Dia mengejar bola yang abang dia baling.




Balingan pertama dengan tunjuk ajar. Masa ni dia malu-malu lagi nak main.




Lepas dah teruja tak nak dipegang dah. Dia nak buat sendiri.




Yang ini yang paling payah nak handle. Jalan tak nak pimpin-pimpin. Sebab dia ada hala tuju dia. Tak boleh leka langsung.

MR. Daddy amik satu game jer. Irfan nak lagi tapi tak lalu dah. Tak lalu nak mengejar si kenit. Janji dengan Iefan next time lah. Kebetulan dia pun dah lapar so tak delah susah sangat nak pujuk.