Sunday, July 31, 2011

Breakfast Hujung Minggu

Macam orang mengidam pula.
Balik dari Genting mami bising ajak daddy cari buah cempedak.
Nak goreng.
Kalau bukan musim memang susah nak cari.
Tapi kalau dah rezeki...tak payah susah susah cari.
Kebetulan dekat Warisan Pertanian Presint 16 ada jualan buah buahan tempatan.
So daddy belilah 3biji.
Manis manis isinya.

Itulah yang dapat buat cempedak goreng untuk breakfast pagi ni.
Jemput makan semua...
Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, July 28, 2011

Home Sweet Home

Meeting dah selesai.
Sekarang dah pulang ke rumah ku syurga ku.
Tapi badan ya ampun memang letih tak hengat.
Pelik jugak...
Pergi sana tu attend meeting.
Duduk jer dengar orang bercakap.
Tapi badan ni letihnya macam pergi buat kerja buruh kat atas sana tu.

Tiga hari dekat Genting langsung tak dan nak naik ke puncak.
Cuma sempat singgah ke Goh Tong Strawbery Farm.
Itupun 15minit jet.
Running of time.

Actually mami memang langsung tak pernah tahu kat Genting tu ada strawberi farm.
Ladangnya tak besar sangat.
Terletak di kawasan Goh Tong.
Hotel paling hampir Seri Malaysia.

Tapi strawbetinya tidaklah besar-besar macam yang ada di Cameron.
Dekat situ juga ada kedai cenderahati.
So saper saper yang ke Genting bolehlah try singgah di Goh Tong Strawberi Farm.
Fresh mushroom pun ada.
Published with Blogger-droid v1.7.3

Tuesday, July 26, 2011

Off To Genting

Sekarang mami dah ada kat Hotel Seri Malaysia.
Ada meeting.
Irfan mami tinggal dengan Mak Tok dia.
Hopefully ok lah budak becok tu.

Sebenarnya ini first time tinggal Irfan dengan MIL.
Selalunya kalo kena o/station mami hntr Irfan balik kg.
Tapi sbb Irfan pun dah besar kebetulan MIL pun free so duduklah kat situ.
Daddy pun ulang alik dari Kl ke Putrajaya.

Argh...tak sabar nak tunggu Khamis.
Nak balik...
Published with Blogger-droid v1.7.3

Monday, July 25, 2011

Isnin Yang...

Hari Isnin...
Pagi-pagi datang office terus on komputer
Lebih kurang dua jam lepas tu dia boleh off sendiri.

On balik.
Off sendiri lagi.
Haish geram nya.
Panggil technician.
Kalau mami yang buat sendiri harus sampai kapan pun komputer tu tak boleh on lagi dah.

Technician pun buatla.
Gedebak gedebuk gedebak gedebuk
Tak ok jugak.

Kata dia call ICT suruh dorang buat guna internet remote keyboard.
Sebab komputer mami fix IP.
So mami pun call...

Masih lagi mendail...
Terus mendail...
Dan dail...





Macam haram!!!!
Punya ramai manusia kat ICT Department tuh, tak dak sorang pun yang tahu cara nak angkat telefon.
Pekak ke tidur..?


Sunday, July 24, 2011

Hari Minggu

Apa yang membahagiakan hari minggu mami
Selain keluar jalan jalan...
Habiskan masa dengan Irfan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila tengok raga kain kosong.
Pergh dia punya syok memang tak terkata.
Lapang jer rasaaaaaaaa....
Published with Blogger-droid v1.7.3

Friday, July 22, 2011

Perkongsian Hari Jumaat

MUTIARA ILMU ISLAM

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara : percakapan, diam, pandangan dan gerak.

"Tiap-tiap percakapan yang tidak disetai dengan mengingati Allah adalah sia-sia."

"Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka."

"Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan ikhtibar adalah lalai."

Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong."

- Saiyidina Ali Bin Abi Talib (Khalifah Islam ke-4) -



Thursday, July 21, 2011

Cerita Zoo Negara

Last weekend mami dengan daddy bawa Irfan pergi zoo.
Rancangan nak bawa Irfan pergi ni memang dah lama
Tapi sokmo terbantut.
Ada jer halangan yang melintang lalu membujur patah.
Alhamdulillah diberi rezeki ke zoo minggu lepas.
Sebenanrnya ini jugak rasuah untuk budak kecik ni sebab minggu depan nak kena tinggal dia dengan daddy.
Mami kena pergi meeting tiga hari.
Citer banyak pun malas, kita layan jerlah gambar.
Pictures can tell thousand story...hik hik hik
Dasar pemalas.

Ini masa mula-mula sampai. Hampir meranapkan emosi...hujan. Mujur jalan dalam tu lima enam langkah hujan pun benti. Syukur alhamdulilah.

Owh, apakah nama binatang ini. Mami dah terlupa tapi dia punya besar...memang ngeri.

Ini rakun. Irfan memang leka tengok rakun nih sebab rakun ni macam jakun tengok orang ramai kat situ. Tapi mami tak tahan nak diri lama-lama kat siti nak muntah...busuk bau hancing!

Ini adalah aksi Irfan bila nampak pak belang tergolek dua ekor atas pangkin. Ala-ala gaya cakar harimau belakang badan daddy. Reaksi muka Irfan memang ganas...almaklumlah rimau. Sekali keluar bunyi nyau...nyau...Gila comel rimau!!

Nampak tak betapa sedihnya muka mami tu. Ini adalah disebabkan Irfan dah tak mo duduk dalam stroller dia. Dia minta mami dukung. Sebab dalam stroller tak nampak apa-apa. Ish tak mesra stroller betul zoo ni.

Sekejaplah dia nak jalan sendiri. Pastu haram. Penat katanya! Anak punya pasal si emak pun berkorban. Dukunglah budak nih sampai lebam tangan.

Penguin aquarium...tak dak show sebab belah pagi punya dah lepas yang belah petang malas nak tunggu. So tengok dalam sangkar jer...


Tengoklah melalak macam kena lempang bila suruh daddy yang dukung dia. Langsung tak moh. Disuruhnya jugaklah emaknya insan yang lemah ini mendukung. Zalim sungguh!

Owh ini tapir. Saya suka! Saya suka! Pada pandangan mata mami tapir nih sangat comel....Euiiiiiiiii

Yang ini Irfan paling suka. Melopong dia tengok gelagat orang utan ni melayan pengunjung...ker pengunjung melayan dia..?

Yang tak syoknya inilah dia...nak berdukung. Ramping sebelah pinggang mami...

Insya Allah jika diberi keizinan lagi oleh Nya lain masa nak bawa Irfan pergi tempat lain pula.
Dan Insya Allah jika Dia mengizinkan juga mami dengan daddy cadang dua tahun sekali nak bawa Irfan berjalan naik kapal terbang.
Dia pun dah besar.
Dah pandai nak mengomen itu ini.
Dah pandai tengok cantinya alam ciptaan Dia.


Budak Becok

Erk...ada ke yang tak tahu becok tu apa?
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat : Becok = bercakap dgn bising dan tidak henti-henti.
Menurut Kamus Eby Safiah : Becok = Muhammad Irfan Haziq

Budak umur dua tahun nih selagi mata nya tak pejam mulutnyapun tak diam.
Itupun kadang-kadang mata dah pejam mulut masih lagi berbunyi...mengingau!!!
Sabor jelah!

Dua tiga minggu lepas balik dari unplanned vacation, mami beli kasut yang pakai dalam rumah tu.
Oleh kerana baru balik dari Cameron so beli kasutpun harus feeling Cameron.


Yang strawberi tu mami punya.
Yang cekelat teddy bear Mr. Bean tu daddy punya.
Yang kuning pooh tu becok punya.

Mula-mula dapat tu kemain lagi si becok bergaya dengan kasut dia.

Keluar bilik mandi terus pakai kasut baru.
Kemain eksyen...


Memang tak lepas lah dengan kasut baru dia tu.

Tapi...
La nih ntah ke mana dia campak kasut tu.
Tak moh pakai dah.

E-mas kata becok.

Tuesday, July 19, 2011

Setahun Tanpa Dia

19 Julai 2010
Air mata yang gugur tanpa henti dalam perjalanan dari KLIA ke kampung
Menangisi pemergiannya
Saya cuba tahan, tapi ia tetap mengalir laju
Tengah hari itu saya dikhabarkan ayah pergi dijemput Ilahi.
ALLAH...
Perkataan terakhir saya sebelum jatuh terduduk disambut rakan pejabat.

Hari ini walau ayah telah tiada tetapi kenangannya masih hidup bersama saya.
Setiap masa...
Sentiasa ada dalam setiap langkah kaki saya...
Sentiasa menemani perjalanan hidup saya...

Apa yang pernah ayah tegah,
Apa yang pernah ayah larang,
Apa yang pernah ayah bantah,
Semuanya telah saya perolehi jawapannya.

Saya anak yang kuat memberontak.
Saya selalu mahu melakukan sesuatu mengikut cara saya.
Tetapi ayah selalu kata...
Saya belum kenal siapa diri saya.
Tetapi ayah tahu kemampuan saya.
Selalu ayah akan aturkan segalanya.
Dalam membantah saya ikut juga

Ayah mendidik saya dan adik-beradik dengan cara yang berbeza.
Kata ayah walau kami lahir dari rahim ibu yang sama tapi jiwa kami tak serupa.

Ayah jarang tinggi suara tapi itu tak bermakna ayah tidak pernah marahkan kami semua.
Ayah ada caranya.
Kalau ayah marah saya, ayah hanya akan panggil saya sahaja.
Ayah akan sebut apa salah saya, tegur dan beritahu apa akibatnya.

Bila saya semakin dewasa, ayah mula menjadi sahabat saya
Ayah akan telefon saya bila ada perkara yang nak dicerita
Ayah akan telefon saya kalau dia perlukan pendapat saya
Ayah akan telefon saya jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikannya

Waktu saya gagal dalam satu cabang perjalanan hidup saya
Ayah datang pada saya
Ayah peluk saya
Ayah usap kepala saya
Ayah kata tak apa sebab saya dah cuba, ayah tak kecewa.

Waktu saya bangkit semula kerana kegagalan masa lalu
Ayah senyum pada saya.
Ayah usap kepala saya
Ayah kata tahniah ayah tahu kamu boleh buat sebab ayah tahu kemampuan kamu.

Kini,
Setelah ayah tiada, saya hidup dengan kenangan sewaktu bersamanya.
Saya dewasa dengan nasihat-nasihatnya.
Saya matang dengan teguran dan tunjuk ajarnya.

Sampai bilapun,
Selagi hayat dikandung badan,
Selagi akal dapat berfikir,
Selagi Allah mengizinkan,
Sayang saya pada ayah tetap padu...

Al-fatihah buat arwah ayah (SALEHUDDIN BIN ARSHAD)


:-|

Ketinggalan train mampu merosakkan mood untuk sepanjang hari.


Mami dah ketinggalan train
Published with Blogger-droid v1.7.3

Friday, July 15, 2011

Mood Pagi Jumaat

Hujan
Tertinggal train
Masuk lambat
Sejuk babeng
Sakit kepala
Rasa nak muntah

= Bruno Mars - The Lazy Song



Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't

I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all

Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

Wednesday, July 13, 2011

Hmmm...Tak Comel Langsung

Malam tadi tak tahu nak tengok cerita apa mami buka 8tv.
8tv tengah tayang cerita korea Personal Taste tapi alih bahasa mandarin.
Ntah apa-apa, sebab tuh malas nak tengok.
Kalau biar aja bahasa asalnya kenapa?

Daddy pun joinlah sekali.
Oleb sebab mami dah tengok cerita ni dalam bahasa asal dia maka daddy pun tanyalah itu ini.
So bila daddy dah tanya itu ini mami pun jawablah begitu begini.
Last-last sekali daddy kata:

"Tak bestlah cerita ni."
"Hero dengan heroin dia tak ada chemistry."
"Nampak kaku jer."

Lepas tu start lah daddy banding-bandingkan hero-heroin cerita lain yang dia rasa chemistrynya kuat.
Tapi paling tak boleh tahan komen akhir daddy.

"Tak bestlah nak tengok. Heroin dia tak cantik langsung. Tak comel. Orang letaklah heroin yang comel sikit."

Erk..!
Ini rasanya first time kot mami dengar daddy merungut heroin tak comel.
Ku fikirkan orang perempuan jer yang tengok drama berdasarkan kehandsomeman pelakon lelakinya.

Ayark...!

Tuesday, July 12, 2011

Irfan's First Cousin

Dah tiga bulan baru dapat update gambar budak mata jegil nih...
Itupun cilok dari FB ibu dia.
Tiap kali pergi lawat si comel nih mesti tak ingat nak ambil gambar.
Lagipun tak dapat nak pegang lama-lama sebab Irfan jelous.
Dia mesti tarik muka masam mencuka.
Tak suka mami pegang baby lain.



So cute...baik jer muka tapi memang baik pun si comel nih...senang jer nak jaga.
 
Tengok mata dia...tu yang buat mak ngah geram tuh...kalau kita jegil kat dia lagi dia jegil mata dia....cubit pipi kang.
 
Tengok gambar dia rindu pulak kat dia...
 Tak tahu nak kata ikut rupa ayah dia atau ibu dia.
Tapi kalau tengok gambar first tu macam ikut muka ayah.
Owh by the way nama dia NUR ZENIA ZAHRIN BINTI FAIZAL.
Panggil apa?
Mami bantai panggil Nur aja...
Sebab payah nak sebut nama dia.
Sokmo terlupa....
Dah tuaaaaaaaaa


Monday, July 11, 2011

Unplanned Vacation

Memang dah lama nak bawa Irfan naik Cameron ni.
Tapi tak jumpa jugak waktu yang sesuai.
Asal planning jer ada aral yang melintang patah membujur lalu.
So finally cancel.

Tapi Sabtu lepas memang rezeki Irfan.
Pukul 4 pagi Irfan bangun sebab lapar.
Kejutkan mami mintak nak makan.
So terpisat-pisatlah si emak bangun buatkan makanan untuk anaknya.

Pukul 5 macam tu Irfan tak moh tidur dah.
Dia bantai main bola.
Lepas tu dia pergi kacau daddy.
Kejutkan daddy pukul 5 pagi ajak bawa dia pergi jalan-jalan.

Terpisat-pisat daddy...
Pukul 5 pagi ajak jalan ke mana?
Irfan dah siap dah nak buka seluar baju dia nak mandi.
Terpaksalah daddy bangun.

Entah datang idea dari mana, mami cakap kat daddy
"Jomlah kita pergi Cameron."
"Cameron???" Daddy terkejut.
Mami angguk confident.

Dan di pagi hari Sabtu itu tepat pukul 5.30 pagi bergeraklah kami tiga beranak menuju destinasi percutian yang tidak dirancang...Cameron Highland.

Bergaya di Ladang Teh Boh, Cameron Highland. Tempat dan gaya ni dia buat sendiri...

Tidooooooooo...dari KL kalau tidak mau muntah layan kerenah dia dalam kete

Di ladang teh boh yang pertama....sejuk. Sampai pukul 10.00 pagi.


Climbing to Tea Boh House....

At Tea Boh House...kita minum dulu

Nyaman dan menenangkan.
Actually ke Cameron Highland ni mami cuma nak pergi Tea Boh House ni jer.
Yang lain-lain tu mami tak kisah sangat.
Pemandangan di sini sangat nyamannnnnnnnnnn.
Irfan pun seronok...best katanya.

Tapi kalau waktu peak hour masuk sini...memang mencabar.
Lagi-lagi cuti sekolah dengan weekend.
Laluan nak masuk ke Tea Boh House ni sangat sempit.
Betul-betul muat untuk sebuah kereta saiz sedan selisih dengan motor.
Tapi masa kami masuk tu bukan takat kereta saiz sedan dah, bas sekolah (saiz mini)pun ada.
Bayangkan dengan jalan yang kecik dan sempit ditambah pulak bukit dan gaung teh kiri kanan...
Bawak kereta selisih pulak dengan bas mini sekolah tu.

Memang memerlukan skill memandu yang tinggi
Keberanian yang melampau
Selain kebolehan menyumpah seranah.
Memang seksa ok!
Kejap drive ke depan, kejap reverse ke belakang.
Ko nak harap bas tu yang reverse...mimpilah.
Dorang buat dek jer..!

Satu tempat lagi yang mami syok, Strawberry Farm.
Irfan dengan daddy paling enjoy kat sini.
Sebab daddy boleh petik sendiri strawberry yang dia nak...
Dan Irfan boleh makan strawberry fresh.
Tapi sesekali termakan yang masam tu, tertutup jugak mata dia.

Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik.
So Irfan next time bangun lagi sebelum Subuh ek...
Kita pergi tempat lain pulak...
Daddy...stand-by!

Thursday, July 7, 2011

Serupa kan..?

Petang Selasa lepas bawa Irfan main dekat taman permainan dekat bawah rumah.
Awal-awal main tu tak ramai sangat budak.
Lepas pukul 6 barulah ramai budak main dekat siru.
Majoritinya dari umur 1-8 tahun.

Mula-mula elok jer Irfan main gelongsor.
Naik imut tangga turun ikut gelongsor.
Lepas tu dia mula ralit tengok budak-budak lain main.
Tak lama lepas tu mami tengok dia mula geleng-geleng kepala.
Lepas tu mulut dia mula berdecit-decit tanda tak puas hati.
Akhir sekali dia cekak pinggang.

Dengan dahi berkerut:

"No no no, jangan panjat nanti jatuh."
Dia marah sorang budak panjat tiang buaian.

"No no no, jangan baling-baling."
Dia marah budak yang main baling-baling barang.

"No no no, jangan buang sampah."
Dia marah budak yang buang cawan aiskrim lepas habis makan.

"No no no, mesti pakai shoe."
Dia marah budak yang main tak pakai kasut.

Aduh...mujur aja budak-budak tu semua tengah leka main, so tak dengar apa yang Irfan marahkan.
Sebab tak puas hati budak-budak tu tak nak dengar cakap dia, Irfan ajak mami balik.

Sampai rumah mami cerita dengan daddy.
Senang jer daddy jawab:
"Serupa mami kan?"

Erk...!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, July 5, 2011

Program Ijazah Sarjana Muda UiTM

Permohonan Baru IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA (e-PJJ/PLK) telah dibuka.

Universiti Teknologi MARA mempelawa Bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Diploma/ Ijazah Sarjana Muda untuk menjadi siswazah Universiti Teknologi MARA dengan mengikut program-program IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA.

Tarikh tutup permohonan ialah pada  22 JULAI 2011

Untuk maklumat lanjut baca di sini:

- Iklan kemasukan
- Borang permohonan
- Kelayakan Akademik

Monday, July 4, 2011

Tak Jumpa..?

Sampai petang mami cari tak jumpa.
Penat dah tengok kiri kanan depan belakang.
Meja officemate pun mami dah cari tapi tak da juga.

Siapa-siapa yang jumpa tolong pulangkan yea.
"MOOD" mami hilang.
Published with Blogger-droid v1.6.8